Projek Pertanian : Lobak Merah 1.1

Salam.

Setelah sekian lama tertangguh. Maka kena la sambung. Tunggu bajet beli tanah. Semua bahan dah ada maka den pun sambung la projek pertanian lobak merah ni.

Memandangkan base polistrein ni amatlah tebalnya. Ada dalam seinci stengah kot. Maka alternatif yang ada besi jack kereta. Kasi panaskan kat dapur pastu tekan kat base kasi lubang terus. Nak potong potong ni lagi lama ambik masa. Den cucuk aje la ikut design sendiri. Ok ok la takde la kecik sangat. Untuk tak bagi air bertakung je dalam bekas ni nanti.

Ni hasil cucuk cucuk tadi. Kasi ruang untuk air tak bertakung. Next kita lapik pakai kotak. Tujuan lapik ni untuk permulaan nak minimumkan pengurangan kelembapan dalam polistrein bila kita masukkan tanah nanti. Ni untuk proses semai benih terus ke bekas polistrein ni.

Den saja taburkan serbuk kulit telur kasi bantuan kalsium untuk tanah. Lepas tu terus masukkan tanah sawit. Dalam 3 beg. Tinggalkan dalam 2 inci untuk ruang semaian nanti.

Orait tanah tu takyah padatkan. Just kasi letak dan ratakan aje. Kalau padatkan nanti kacau plak perkembangan pertumbuhan lobak merah ni. Papehal kita kasi ready biji benih.

Beli kat MAHA 2018 hari tu. Ni kira untuk sesi praktikal. Dah ready kan ruang untuk letak benih. Agak agak aje la ruang tu. Janji ada jarak. Belum level komersial lagi. Masih peringkat praktikalkan ilmu yang dipelajari.

Selesaikan masukkan biji benih. Jangan lupa kasi spray. Sumber air den ambik dari tangki ikan projek aquaponics den. Dah siap ‘baja’ dah. Kasi spray sekata. Den tutup pakai plastik tanah tu. Taknak kasi kelembapan kena tarik keluar oleh matahari plak.

Ni keesokkan hari nya gambar. Semoga dipermudahkan insya Allah. Den monitor perkembangan benih ni. Pape nanti den update lagi yo. Insya Allah. Ilmu bila dah belajar kena praktikal dan amalkan baru boleh berkembang untuk dikongsi pengetahuannya.

Orait….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *