Projek Pertanian: Tanam Lobak Merah 1.0

Salam…

Lama tak menulis ni. Ok kita pergi segmen pertanian plak. Maklumlah petani part time ni memang ambek masa nak update. Fokus segmen pertanian terarah kepada sayuran yang biasa kami sekeluarga makan. Nak kasi praktikkan ilmu yang belajar untuk pahamkan perjalanan proses tanaman.

Untuk kali ni den pilih lobak merah untuk projek pertanian belakang rumah.

Kira 1st stage ni den cari info info berkaitan dalam google serta youtube. Di samping dari sahabat sahabat petani fulltime & parttime seluruh negara termasuk dari Indonesia.

Ok den pilih untuk gunakan kompos sebagai media tanaman di samping tambahan tanah sabut bagi tujuan mengekalkan kelembapan media tanaman. Bahan bahan untuk proses tapak ni den cari barang terpakai dan terbuang.

Bekas ni besar. Tinggi dalam sekaki lebih sikit. Ok la untuk tanam lobak merah. Sebelum buat pape den biasa dan syorkan ikat keliling bekas ni kasi support. Sebab bila bekas ni start mereput paling tidak pun masih boleh kekal bentuk asal petak. Ikut la nak ikat pakai tali rafia boleh. Nak selotep keliling pun boleh. Masing masing. Den pakai tali rafia je.

Jaring dawai ni den ambek lepas selesai buat BBQ kat rumah adik ipar den. Nak pasang bagi tujuan nak protect bekas tanaman dari serangan siput. Dah siap potong ikut design yang diperlukan.

Kotak ni nak buat lapik bawah dgn keliling bekas polistrien ni. Sepanjang proses kompos bagi tujuan menyerap kelembapan terlebih. Di samping tu nak kasi kawalan suhu sepanjang tempoh kompos berlansung.

Lebih kurang macam ni la nak buat.

Ok untuk bahan kompos ni den nak cari daun kering. Tengok la dalam sehari dua tiga hari ni kalau tak hujan boleh la husha daun daun kering yang dah kena ikat dalam plastik tepi tepi jalan tu. Nanti akan campurkan dengan bahan bahan untuk proses kompos. Proses ambil masa dalam sebulan ke sebulan setengah bergantung cuaca semasa.

Orait. Untuk siri lobak merah 1.0 ni kira pembuka bicara la. Sementara kajian untuk kompos pulak menyusul lepas ni insya Allah.

Nanti den sambung lagi yo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *