Aquaponics 2.1

Salam

Untuk aquaponics 2.1 kali nak sembang pasal plan tindakan dulu. Plan tindakan base kepada aquaponics 1.0 yang akan di upgrade kan insya Allah.

Masa aquaponics 1.0 dulu lebih kepada study method yang mana den kena study flow air tangki ikan ke growbed dan kembali ke tangki ikan. Serta kena study penggunaan siphon untuk flood and drain process. Berkaitan juga dengan makanan dan pemakanan ikan tilapia yang den ternak. Walaupun menghadapi beberapa masalah tapi alhamdulillah dapat gak merasa ikan ternakan sendiri yang ketika itu harganya RM5 sekilo.

Cuma lokasi yang kurang sesuai untuk tanaman menyebabkan den terpaksa beberapa kali beli pokok yang dah tumbuh macam pokok rosemarry, pokok nyamuk dan pokok cili untuk kasi stabilkan proses penapisan air dari tangki ikan dalam growbed tu.

Penggunaan batu kelikir sebagai alternatif kepada lyca juga menguji minda bila nak kena buat servis disebabkan aliran yang tak stabil. Bahan buangan dari tangki ikan banyak terperangkap dalam growbed berbanding pokok pokok yang boleh tolong proseskan bahan bahan tersebut. Mengakibatkan pokok terlebih ‘bahan makanan’. Sesuatu yang tak bagus untuk pokok. Kita pun kalau dah keliling dengan makanan pun kita jeling je sebab dah tak larat nak makan.

Pembersihan batu kelikir dalam growbed penting sebab nak mengelakkan air tangki menjadi terlampau keruh. Aquaponics 1.0 den guna 2 growbed. Maka proses pembersihan akan dilakukan satu persatu bagi tak mengganggu proses flood & drain. Bahan lebihan dari dalam growbed tu boleh la jadi baja untuk pokok lain yang ada kat rumah ni.

Penggunaan 2 water pump jugak penting bagi pusingan air tu lancar. Pun begitu den tukar tukar pum tu secara manual. Plan asalnya seminggu sekali tukar sebab pum tu 24jam bertugas. Kenkadang terlajak sampai 3 minggu pun ada gak. Takpa janji tukar.

Pengalaman kira pahit gak la bila ada power trip dengan tempoh masa yang lama 2 kali dan salah satu tu menyebabkan water pum tak berfungsi di kala den berkerja shif 12 jam. Banyak gak tilapia terkorban sebab kekurangan oksigen. Yang sekali tu den off day. Maka terpaksa la buat pusingan air secara manual bagi teruskan aktiviti flood & drain kat growbed.

Jadi persediaan untuk aquaponics 2.0 ke arah volume yang lagi besar. Untuk plan tindakan aquaponics 2.0 akan si tulis lepas ni insya Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *