Aquaponics 2.0

Salam…

Maka bermulala projek aquaponics 2.0 kesinambungan dari aquaponics 1.0 3 tahun lepas.

Ambek masa jugak sebab masih kerja shift 12 jam. Kali ni sistem akan di upgrade dengan penambahan sump tank beserta filter. Buat kajian design berdasarkan keluasan ruang yang ada kat belakang rumah den tu. Setelah beberapa minggu duk tambah tolak kali bahagi maka dapat la beberapa design yang den pikir boleh dimuatkan berdasarkan keluasan.

Dengan mengambil kira barang barang yang perlu dan diperlukan serta menggunakan mana barang lama yang masih boleh digunakan nanti. Maka episod ukur mengukur pun bermula. Kena stick dengan masa sebab kalau delay lama sangat nanti akan berlaku penangguhan.

Den bagi kat diri den estimate time dalam 2 bulan sebab 70% kelengkapan dan ready. Cuma nak kena kira piping sahaja. Sebab beberapa penambahan tu perlu kepada kiraan flow dan overflow air tangki.

Perancangan kali 100 ekor tilapia dengan nft untuk sayur daun dan growbed untuk sayur buah. Di samping nak ternak duckweed untuk makanan tambahan ikan, ikan laga untuk mencegah jentik jentik dengan nak cuba ternak lalat black soldier untuk kompos dan makanan tambahan ikan jugak. Yang ni semua berkaitan aquaponics 2.0 insya Allah.

Orait akan di sambung lagi aquaponics 2.0 insya Allah. Maka kita akan sambung aquaponics 2.1 untuk detail barang dan bahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *