Faktor berkaitan vending machine

Salam

Sambung pasal mesen vending. Kali ni pasal antara faktor faktor yang boleh mempengaruhi subjek mesen vending ni.

Antara faktor nak terlibat dengan mesen vending ni adalah pulangan yang pada atas kertas macam lumayan. Macam.

Nampak mudah uruskan vending machine ni. Beli lepas tu letak. Isi produk. Cukup time kutip hasil. Zahirnya top up dan kutip. Cukup time top up lagi dan kutip hasil. Namun begitu pada realitinya hampir tak. Hampir bukan la tak lansung.

Apa apa pun dalam dunia ni setelah kita belajar kita kena buat secara praktikal. Ilmu itu mesti diamalkan untuk berkembang. Dan menghasilkan pengalaman. Ilmu sentiasa berkembang. Ia tidak mendatar. Yang mendatar tu orang yang menuntut ilmu tu je.

Dalam urusan vending machine ni kena bermula dengan ilmu. Sama ada langsung atau tak langsung. Dapatkan dulu maklumat basic pasal vending machine. Apa jenis mesen yang banyak terdapat kat Malaysia ni. Sama ada jenis tin atau kotak atau tin dan botol. Ada juga yang combo minuman dan makanan ringan. Paling tidak dapatkan panduan panduan berkaitan mesen tersebut. Mana nak dapatkan mesen tu. Baru ke terpakai. Mana nak dapatkan maintenance dan spare parts. Tempat yang kita nak beli mesen tu ok ke tak. Ada urusan transport ke tak. Yang penting kasi dapatkan info dulu.

Selesai pasal mesen kita kena tengok lokasi pulak. Camna nak uruskan pasal permohonan nak letak mesen kat satu satu lokasi. Ni kena la belajar. Tapi kalau ada yang nak tolak mesen beserta lokasi amatlah patut dipertimbangkan secara serius. Kalau betul berminat la. Kalau lokasi tu berdekatan dan sesuai apa lah salahnya. Lokasi main peranan kerana akan mempengaruhi apa produk yang kita nak letak dalam mesen tu nanti. Kesesuaian lokasi memudahkan kita menyusun strategi jualan untuk menghasilkan pulangan. Lumayan ke tak tu berdasarkan macam mana kita rancang.

Bila lokasi dan jenis mesen dah dapat. Ok boleh fokus kat produk. Mesen tu kalau jual air minuman kita kena study lokasi tu apa yang boleh gerak. Bab ni memang kena study. Tak boleh nak kata kena camni camni camni. Study dan monitor. Letak produk ni camne progress. Ok ke tak. Paling minimum 20 slot. So kena carik semaksimum produk yang laku keras. Untuk menghasilkan pulangan. Jangan fokus dulu kat hasil kutipan sebab kutipan boleh turun naik. Kena la letak time frame kat diri sendiri. Sebab produk pun ada yang awalnya laju je lepas tu macam suam suam pulak. Kena take note.

Berapa lama nak top up balik pun kena take note. Ada lokasi hari hari kena top up. Ada yang mungkin seminggu sekali atau dua tiga kali. Tengok pergerakan jualan. Dan kita pun kena pastikan juga bila nak pergi beli stok. Stok pastikan kena ada paling tidak untuk 2 kali top up. Pastikan juga stok untuk produk penting tak putus. Side side produk atau kalau nak tukar perisa lain boleh selit next shopping stok. Boleh beli ikut kesesuaian semasa.

Stok ni pun kita kena lah rajin cuci mata. Kita mesti tau harga semasa untuk memborong. Nilai borong memang lebih rendah dari nilai runcit. Akan tetapi rezeki dapat harga murah tu bukan selalu muncul. Biasa nya kalau dah nama nya borong takde nya beli satu dua. Paling tidak 5 dozen. Ni pun membantu menghasilkan extra untung. Biasanya harga lebih murah di tengah bulan berbanding hujung bulan dan awal bulan. Maka pandai pandailah kita mencuci mata.

Den bukan la level pakar lagi dalam dunia vending machine ni. Den masih level tadika lagi. Sekadar berkongsi apa yang den tau. Ilmu tu kena tulis untuk kita sendiri rujuk pada masa depan. Dan boleh dijadikan perkongsian bersama dengan yang berminat. Lagi banyak kita share nanti Allah bagi lagi banyak ilmu dan pengalaman kat kita. Bukan kena monitor benda benda besar je. Bende yang kadang nampak kecik tapi benda tu sebenarnya lagi penting.

Insya Allah akan terus menulis untuk lebih manafaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *