Vending Machine

Salam semua…

Lama tak tulis. Ok kena tulis gak bagi develop skill penulisan.

Tahukan pasal vending machine. Ada orang panggil mesen robot. Ada yang panggil mesen gedegang. Mesen yang popular kat Jepun. Yang menawarkan pelbagai variasi produk dengan hanya masukkan duit dan pilih produk yang kita nak. Di Malaysia kebanyakkan vending machine lebih kepada air botol, air kotak, air tin dan makanan ringan macam coklat dan biskut. Ada juga yang jual sandwich dan kek. Ada yang jual makanan haiwan peliharaan macam kucing. Tengok kepada camna tuan punya mesen nak buat jualan.

Ada beberapa faktor dalam pemilikan mesen vending ni. Yang lebih mempengaruhi adalah lokasi mesen di letak serta produk produk jualan dalam mesen tu. Biasa untuk lokasi ni ada beberapa proses yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kebenaran meletakkan mesen anda. Ada yang simple ada yang rumit. Bergantung situasi.

Dari segi produk pulak tengok gak mesen tu camna. Air tin sahaja kah. Atau air tin dan botol. Atau minuman dan makanan sekali. Dan bila produk di ambil kira akan berkait pula dengan apa yang ada sekitar lokasi tu. Contoh letak kat kawasan sekolah. Apa produk yang boleh tarik murid dan kakitangan sekolah untuk membeli di mesen kita. Kalau letak kat tempat awan apa pula yang boleh pengaruh orang yang lalu lalang untuk singgah depan mesen kita. Kalau letak kat dalam bangunan sama ada pejabat atau pusat membeli belah atau mungkin kat dalam kawasan kilang. Maka apa pula yang perlu di ambil kira untuk kita letakkan produk produk yang berpotensi untuk di jual.

Beberapa faktor lagi akan menyusul bila kita mulakan perniagaan mesen vending ni. Nanti den sambung lagi ye insya Allah.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *