Aquaponics je

Lama tangguh tulis. So sambung balik. Berkisar pasal Aquaponincs lagi. Topik berkaitan makanan alternatif bagi ikan.

Duk sembang dengan sahabat otai dia buka info pasal duckweed dengan black soldier fly. Den duk search dakwit kompom tak jumpo. Sekali ejaan dia duckweed la. Sejenis rumpai air tawar yang ada 2 helai daun dengan satu akar. Halus je. Banyak kat kawasan parit air jernih. Nanti den rayau puchong carik. Buat stok kat tangki ikan.

Satu lagi pasal black soldier fly. Lalat unik. Makan buah buahan dan sayur sayuran sahaja. Den pun search kaedah penternakan lalat ni. Nampak kaedah tu mudah dan membantu. Kot la ada buah buahan terlebih time tu boleh lah di uruskan oleh larva lalat ni. Ada kitaran hidup lalat ni sebelum jadi lalat dewasa amat sesuai di jadikan makanan ikan boleh ayam pun boleh. Kat amareka diorang buat menu makan pasal highly protein. Lalat dewasa nya umur tak lama dalam 5 ke 8 hari je dan lalat ni tak de mulut. Kelebihan ia boleh menjauhkan lalat lalat lain yang mengganggu rumah.

Info menarik. Lagi banyak kita kaji sebenarnya lagi banyak kita tak tau. Lagi banyak input kita dapat.

Minum jap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *