Projek Pesawat Pejuang 2018

Setelah sekian lama kancil lotus den berkhidmat kini tiba lah masa untuk di rawat serta ditambah baikan. Masa untuk husha www.mudah.my bermula. Bukan la nak extreme sangat. Kasi kembali ceriakan aje.

Keadaan dashbod asal kancil 660 tahun 2000. Lama dah berjasa ni. Julai 2000 sampai 2018. Makanya penal kokpit akan bertukar la. Sasaran dah tentu panel kokpit Mira L5 pasal nak lokasi lubang aircond terus ke muka. Husha punya husha dapat la mengesan lokasi kedai. Kalau model L5 ni kena modi sikit baru boleh pasang. Tak da hal. Janji aircond ke muka hahaha.

Operasi membuka dashbod bermula. Bukan den bukak la. Den tolong upload yo.

Den mintak tolong owner kedai tu snap kan. Pasal pesawat pejuang den lepak kedai tu 2 malam 1 hari. Nak kena rekod ni pasal untuk rujukan sendiri di kemudian hari nanti. Bila tu tak tau lah kan.

Maka nya hasil yang dinantikan pun tiba. Panel kokpit L5 pun terlekat kat dalam pesawat pejuang den dengan jayanya. Alhamdulillah. Memang aircond ke muka.

Maka selesai urusan pembayaran den pun test drive bawak balik base. Memang aircond ke muka la jawap nya. Cuma den tak perasan takde jam kat dashbod ni. Asyik la pandang ke arah aircond tengah sebab kat situ posisi asal jam masa dashbod lama. Takpa dah masuk bajet beli jam lain insya Allah.

Akan menyusul lagi beberapa penambah baikan untuk pesawat pejuang den ni nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *