Jelajah Titian Perjalanan 3.0 Utara

Salam

Lama tak tulis. Tak sempat nak tulis detail. Cuma boleh kasi sinopsis pasal jelajah kali ni. Awal December 2017 den plan buat jelajah dalam negara aje. Belum mampu nak jelajah jauh jauh. Cuma sikit kelainan kali ni dengan wife yang sedang sarat. Maka den kena kasi plan betul betul. Tak nak padat sangat tak nak lapang sangat. Alhamdulillah 88% plan tercapai.

Terima kasih kepada yang rajin tulis travellog. Sumber rujukan den bila nak gerak ke mana mana. Yang penting beberapa event unik mesti ada dalam list jelajah den.

Kali ni ke Utara dengan beberapa laluan luar hi way untuk singgah beberapa lokasi sasaran. Roti Mokhtar kat Slim River. Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang. Ladang Nipah Kipli kat Kuala Sanglang. Ladang Nipah Che Ismail kat Yan. Gunung Jerai. Tanjung Dawai. Selain Padang Besar dan Kulim sebagai lokasi utama kalau ke Utara.

Makan kena open gak untuk lebih pelbagai. Cuba merasa beberapa tambahan menu walaupun macam tak sempat gak ke beberapa lokasi atas faktor cuaca dan kelapangan.

Dengan kapasiti 4 dewasa 5 kanak kanak memang sikit mencabar untuk cover semua lokasi sasaran. Macam awal tadi. Tak nak padat sangat tak nak lapang sangat. Tu pun si kecik 2 orang tu dah terlena bila sampai malam kat rumah adik ipar den kat Kulim. Mesti lolap.

Ambek kesempatan membeli keperluan sekolah Syaheera (anak nombor 2) tahun 2018 dah darjah 1. Keperluan kakak Saffiya darjah 5 2018 semua ok cuma ada sikit tambahan kasut sekolah.

Tak dapat nak detail kali ni. Tak pa ada kelapangan insya Allah akan di taip lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *