Menulis Nota

Menulis nota memang mencabar sebenarnya.
Terutama bagi level sekolah rendah. Sekolah menengah pun sama.
Anak anak kita kadang hanya salin je apa yang cikgu tulis atau baca.
Atau lebih kurang je salin yang dia rasa agak agak ok atau betul.
Banyak terlepas point point penting yang boleh mengakibatkan markah peperiksaan mereka terkorban.

Bila dah banyak nota. Nak bawak pulak time buat revision. Memikul la jawap nya. Ada subjek yang direct macam matematik. Ada yang berfakta. Ada yang kena olah kenyataan untuk jawapan.
Nak kena buat semua nota dalam satu masa. Alamatnya hafal jawapan la time exam. Tu pun kalau soalan tu kena. Kalau tengok soalan anak anak pun kadang kita sebagai ibu bapa ni pun lama gak berfikir jawapan nya.

Subjek setiap peringkat exam perdana makin bertambah. Pagi sekolah. Petang sekolah. Malam nak hantar tusyen lagi. Kesian anak anak. Waktu rehat kurang. Bila penat maka kurang la effisyen.

Kita duk la kat “study smart don’t study hard” tapi dengan silibus yang makin dipertingkatkan ni bersedia kah anak anak kita nak hadapi.

Anak anak zaman ni memang cepat belajar insya Allah. Bagi mereka ruang untuk mereka melalui zaman mereka sendiri. Zaman teknologi yang hampir semua perkara di hujung jari. Kalau nak suruh anak anak ni buat roti pun rasa nya takde masalah. Cari dan klik lepas tu ikut. Siap roti kita.

Sama macam belajar. Anak anak ni nak kena jaga mood diorang. Agar mereka faham belajar bukan semata mata untuk jawap periksa. Tapi untuk masa depan mereka sendiri.

Dah mereka juga kena belajar memahami yang sekarang ni bukan sahaja mereka belajar untuk tambah ilmu tetapi mereka kena belajar kaedah pembelajaran itu sendiri. Kerana kaedah pemahaman setiap individu itu berbeza beza.

Mereka kena buat ikut macam mana boleh buat mereka senang faham ikut cara mereka. Kita sebagai ibu bapa kena bantu dengan pengalaman kita. Sambil kita pun kena juga belajar kaedah pembelajaran zaman sekarang.

Berminat nak tau lebih lagi kah??

Terus KLIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *