Perubahan Plan Tindakan 2017-2019

Nampak nya ada perubahan plan tindakan bermula Ogos 2017 ni bersamaan bagi menyambut tahun baru hijrah 1439 insya Allah.

Dalam pada persediaan untuk mengadun bahan untuk sambung PhD insya Allah apa kata den terbit kan dalam bentuk realiti. Fokus nya ke SME tapi sikit perubahan den masukkan element perniagaan online. Bermula menyertai seminar FB Ads anjuran MDEC kat Cyberjaya. Meneroka pemahaman mengenai iklan melalui FB dan instagram di samping peri perlu nya web atau blog sendiri. Tang web dengan blog ni memang berkoloberasi dengan puan isteri den la kan.

Bahan bahan sedang dan masih dikumpul kan. Cuba memyertai seminar seminar berasaskan bisnes. Alhamdulillah bulan syawal hari tu dapat join seminar my document anjuran byond success dan insya Allah akan sertai lagi beberapa seminar berasaskan bisnes dan marketing serta pengurusan.

Ok insya Allah langkah telah dimulakan sekitar Julai 2017. Yang mana proses belajar post beberapa barang untuk di jual kat ebay.com menggunakan kaedah dropship. Link dengan Ali Express platform perniagaan online antara yang terbesar di dunia. Terbesar kot pasal bawah Ali Baba. Mengkaji beberapa lagi platform online kat dunia ni khususnya kat Malaysia ni la macam Mudah dan Lelong.

Dengan bantuan isteri tersayang yang pakar dalam bidang IT. Blog ini akan diusahakan untuk dijadikan sebagai medan study dan research. Berbekalkan pengetahuan yang den dapat masa mengaji Master dulu. Perlu dibuktikan. Pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan setiap ketika.

Ketika menghadiri seminar my document bersama puan isteri.

Sediakan payung sebelum hujan. Kok dah ghobeh baghu nak bukak payung alamat kuyup la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *