Sambung belajar semasa sedang bekerja

Sambung lagi..

Tajuk den pilih untuk isi masa lapang sambil mengenang kenangan lalu…

Sambung belajar masa bekerja.

Den keje kat kilang. Keje shift 12 jam. Ada diploma. Di taqdirkan terjumpa dengan booth ATC yang offer MBA direct dengan UUM. Dan UUM je yang offer MBA kepada pemegang diploma dengan syarat umur mesti 35 tahun semasa mendaftar serta minimun 10 tahun pengalaman bekerja.

Pikir punya pikir maka den pun terima lah pelawaan ni. Mencabar diri den dengan syarat no turning back. Must go through without repeat anythings. Wife den dah start satu semester awal. Di tempat yang sama jugak. ATC Kajang. Tapi semua silibus dan lecture direct dari UUM Sintok.

Satu semester ada 4 bulan. So satu tahun ada 3 semester. Monitor perjalanan semester pertama wife maka memang mencabar gak apatah lagi masa tu anak dah 2 orang yang sulung darjah 1 dan yang kedua 3 tahun. Semester seterusnya den pulak register so 2 2 akan mengadap sistem pembelajaran level sarjana.

Alhamdulillah rumah mertua dekat so kat situ la anak anak menumpang kasih setiap hujung minggu selang 2 minggu. Cabaran kat den pulak kojo shift dengan timing yang tak sekata. 4 hari kerja 2 hari off. Jadi jumpa semua hari. Alhamdulillah supervisor serta rakan rakan satu line paham kehendak den nak sambung ni. Maka selepas pendaftaran selesai benda penting seterusnya adalah jadual kelas. Nak susun dan kautim ikut jadual kerja pulak. Ke time keje siang camne nak buat. Time keje malam camna nak buat.

Persiapan lain termasuk la stationaries. Maklum lah dah lama tak masuk sekolah. Time tu den dibelikan Samsung Galaxy Note 2 oleh wife kesayangan den. Dan memang maksimum sungguh penggunaan Note 2 tersebut. Beli printer. Beli rim A4. Buku rujukan memang kena setiap awal semester. Dan yang paling penting adalah kesungguhan dalam diri serta doa mak dan apak den untuk restu den sambung mengaji. Kesihatan kena jaga pasal melawan fitrah terutama time kerja malam yang siang nya ada kelas. Kena pulak kelas penting macam presentations dan menjawap kertas exam. Den sendiri kene uruskan timing agar dapat rehat yang cukup serta dapat selesaikan asignments on time. Cuti tahunan memang terhad. So pengurusan diri dan masa amat penting kepada mereka yang nak sambung belajar ketika sedang bekerja dan berfamili. Total 7 semester mesti kena selesaikan. Tak nak repeat paper ke terkandas di tengah jalan ke gagal dapat gred yang di tetapkan ke. Semua itu mesti dielakkan. Yang den tengok kalau part time study ni kena carik geng yang serasi. Penting terutama bila ada group asignments. Penting yang amat. Semester pertama kelas den dalam 32 orang sampai final semester tinggal 18 orang dengan 4 orang kena defer semester. Separuh tu.

Err nanti den sambung lagi ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *